BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 12, 2010

.:jom buat kimbab!:.



akhirnya...menjadi jugak my kimbab...
1st time buat ni...
and lebih tepat, my 1st time buat korean dish...huhu
dah lama da teringin nak buat...
tapi takut nak buat sebab takut xde sape nak makan kat umah...

so disebabkan on 11/12/2010 ada ze:a's gathering kat KLCC, maka malam sebelum tu telah menggagahkan diri untuk buat kimbab..
sebab nanti boleh bawak bagi diorg makan kan?hehehe

sehari sebelum tu google2 dulu resipi n teknik2 nak buat kimbab ni...
untuk makluman korg, kimbab n sushi x banyak beza dia..
cuma kimbab asal dari korea n dibuat dari bahan2 yg dah masak..
sushi pulak asal dari jepun n dibuat dari bahan mentah (sebab 2 sy x makan sushi)
kimbab ni biasa orang buat macam snek..nak piknik ke, bawak bekal g skola ke...cam2 la...

lepas tengok dalam 4 resipi, sy wat kesimpulan, yang kimbab ni x la susah sangat nak buat...
simple je...
bahan2 dia pulak ikut suka hati kita nak letak apa...
dia macam nasi goreng la..yang penting ada nasik,, bahan2 lain ikut la nak letak apa..

oke skang jom kita tengok resipi, tips and teknik2 nak wat kimbab ni ^^

mula dari tengah,atas tu ialah seaweed @ kim..rotate clockwise, next ialah carrot, serbuk lada putih, sosej blackpepper,nasi putih (bab), telur dadar n tuna.

roughly bahan2 dia ialah;
5 helai seaweed
1 pot nasi putih (beras biasa pun xpe)
lobak merah sebatang - rebus @ 'dry fry'
sosej (perasa apa2 pun xpe) - rebus or goreng
telur dadar (nak sedap tambah seasoning sebelum goreng)
tuna 1 tin
seasoning (kat sini guna serbuk lada putih..tapi apa2 perasa pun xpe)
minyak bijan
semangkuk air untuk basahkan tangan

*semua bahan2 boleh beli kat supermarket..saya beli semua kat tesco selayang tp minyak bijan xde jual kat sana so x letak minyak bijan..ok je rasa dia cuma muak sikit sebab ada rasa seaweed*

1) hiris carrot, sosej n telur dadar nipis2 macam dalam gamba.

2) basahkan tangan. gaul nasi dengan seasoning, garam n minyak bijan secukupnya.
*tangan kena basah supaya nasi x melekat2 kat tangan*

3) bersihkan tangan. ambil sehelai kim. pastikan belah yang berkilat 2 letak sebelah bawah.

4)biasa orang buat kimbab/sushi atas sushi map sebab senang nak gulung nanti..tp kalau xde pun xpe..sy letak atas papan pelandas je..

~sushi mat. boleh beli kat supermarket. harga murah je. <>

5)ambil nasi n spread nipis2 atas kim. nak bg senang, tangan kena sentiasa basahkan dengan air so nasik x melekat. n guna sudu untuk spread kan nasi atas kim. lepas 2 tekan2 sikit nasi bagi penyek2 sikit. tepi kim yg belah rapat dengan kita biarkan kosong dalam seinci untuk senang roll...kat hujung belah sana pun biarkan kosong sikit. (tengok gambar bawah)

6)letak bahan2 n biar bertindih satu sama lain. kalau ada bahan yang sticky macam tuna, cheese or mayonis, letak dia kat layer paling bawah (atas nasi). lepas tu baru letak bahan2 lain. susun macam dalam gambar bawah ni.



7)part yang paling kritikal --> rolling. sebenarnye x susah pun kalau cara betul. sebelum rolling, basahkan tangan lagi sekali untuk elak melekat2 kat kim n nasi. kalau melekat nanti kimbab jadi x lawa.

8) untuk rolling, kan ada bahagian kosong yang kita tinggalkan tadi tu, amik bahagian 2 n 'cover' semua bahan2.. nanti jadi macam gamba bawah ni..roll kena ketat2 tau..kena selalu press dengan tangan.


9) lepas 2,roll sampai habis. make sure kat hujung 2 xde nasi2 yang terkeluar. kalau ada, masukkan balik dalam mangkuk nasi yg belum diguna tu. kalau hujung 2 x melekat, letak sikit nasi sebab nasi ni act macam gam.

10)pastu ulang la sampai bahan2 abes. nanti jadi la macam ni bila dah siap.
~ada 5 roll..1 utk donghae, 1 utk moonleader, 1 utk taemin, 1 utk hyunseung, 1 lg utk korang ^__^ *

11) ambil pisau yang tajam, potong kimbab tu jadi 7/8 potong @ ikut agak2 korang.

12)dah siap pun! senang kan? selamat mencuba! ^__^


*thanks to empiremy sebab jadi my first reviewer..dorg cakap sedap..tapi untuk org2 yg senang muak & x biasa makan seaweed macam saya, kena sediakan asam kat sebelah..hehe*



not a chef;
♥zarl♥


4 comments:

aisyah De Cullen said...

wow wee~~tahniah! =D

miss zarl said...

hehe gomawo ^^

missyana izzati said...

waaahh!
sedapnya.
mau jugak....

miss zarl said...

buat la...senang je...^___^